Pentadbiran

Pentadbiran

Sunday, September 19, 2010

Suka & Duka dalam Ramadhan


Hikmah Allah wajibkan kita semua untuk berpuasa Ramadhan salah satunya adalah untuk mengingati mereka-mereka yang miskin dan susah untuk mendapatkan makan. Kita di Malaysia nie tidak pernah kedengaran orang yang mati kebulur tidak makan. Alangkah nikmatnya Allah beri kita peluang ini berbanding dengan mereka-mereka yang sengsara tidak dapat makan dan minum.

kalau kita lihat rezeki di Malaysia ini terlalu melimpah ruah. Bayangkan makanan yang disediakan secara buffet di hotel-hotel, bermacam juadah di bazzar ramadhan.

Bukankah ramadhan ini diajar untuk mendidik diri dan jiwa kita agar sentiasa rasa bersyukur kepada Allah dan mengingati saudara-saudara kita yang jauh dimata berada dalam kedhaifan dan kesengsaraan yang teramat sangat.

Hanya sisa makanan yang mampu diisi dalam perut. Itu pun sudah dikira sebagai rezeki yang terbaik dan terenak. Bayangkanlah antara kita dan mereka.

Semoga Ramadhan kali ini bukan sahaja kita dapat menahan lapar dan dahaga sahaja. Bahkan kita akan dapat menginsafi segala dosa yang telah kita lakukan dan tambahkan kesyukuran terhadap nikmat yang dikurniakan Allah kepada kita dan negara ini. Janganlah sampai kita menjadi hambanya yang kufur nikmat. Kufur nikmat itu, menjadikan kita sombong dan bongkak terhadap segala nikmat Allah.
Apalah yang ada sangat pada diri kita, harta kita dan kelebihan kita.. Semuanya adalah pinjaman dari Allah. Kenapa kita perlu tamak dengan diri kita sendiri. Sedangkan semuanya bukan milik kita.. Begitulah jahilnya kita sering tertipu dengan diri sendiri.


Adakah tercapai objektif puasa kita? Berdebar-debarkah sanubari kita menanti keputusan Allah? Diterimakah amalan kita? Untungkah kita? Rugikah kita?

Adakah puasa juga satu ujian? Memang benar. Puasa adalah satu ujian dan latihan. Oleh itu, perlulah kita mengaudit amalan sepanjang Ramadan supaya menjadi seorang Muslim yang lebih baik kerana mendapat rahmat dan pengampunan-Nya.
Kita boleh mengaudit puasa kita melalui beberapa aspek.

Aspek kesabaran.
Sabar dalam semua aspek, termasuk mengerjakan ibadat. Sabar atau menahan diri daripada melakukan maksiat.
Adakah kita berjaya mengawal semua anggota daripada melakukan perkara haram. Tangan tidak mengambil hak orang tanpa izin tuannya. Kaki tidak melangkah ke tempat dilarang agama.

Telinga tidak mendengar perkara yang tidak diharuskan. Mata dijaga daripada melihat benda maksiat. Mulut bukan saja tidak makan dan minum, malah berhenti berbohong, mengumpat, mengeji, memfitnah, bertengkar dan sebagainya.

Rasulullah bersabda maksudnya: “Sesiapa yang tidak meninggalkan kata dusta dan terus mengamalkan sikap suka berdusta, maka Allah tidak berhajat untuk menerima daripadanya amalan meninggalkan makan dan minumnya itu.
“Sesungguhnya puasa adalah satu benteng. Apabila salah seorang daripada kamu berpuasa, janganlah dia mencarut dan menista. Sekiranya ada seseorang cuba menyerangnya dengan kata-kata atau perbuatan, maka ucapkanlah, sesungguhnya aku berpuasa, sesungguhnya aku berpuasa.”

Melakukan kebajikan dan amal soleh.
Adakah kita menepati maksud firman Allah seperti ayat di bawah?
“Sesungguhnya mereka adalah orang yang bersegera dalam mengerjakan perbuatan-perbuatan baik dan mereka berdoa kepada Kami dengan harap dan cemas. Dan mereka adalah orang yang khusyuk kepada Kami.” (Surah al-Anbia, ayat 90)
“Dan hamba-Ku masih mendekatkan diri kepada-Ku dengan ibadah-ibadah sunnah, sampai Aku mencintainya.” (Hadis Qudsi).

Kemurahan hati.
Adakah Ramadan kali ini menjadikan kita insan pemurah, tidak kedekut dan rakus pada harta benda. Adakah kita takut rugi jika mengeluarkan banyak infaq dan sedekah. Sedangkan salah satu tujuan utama puasa agar manusia mampu mengendalikan sifat rakus pada makan minum mahupun pada harta benda. Ini kerana ia termasuk sifat kehaiwanan (Bahimiyah).
Cinta dunia dan bergelumang kemewahan hidup, sering membuat manusia lupa akan tujuan hidup sebenarnya. Mendekatkan diri kepada Allah akan menguatkan sifat utama kemanusiaan (Insaniah).

Mencintai al-Quran.
Adakah kita masih malas membaca al-Quran. Sedangkan Ramadan juga disebut ‘Syahrul Quran’, bulan yang dalamnya diturunkan al-Quran.
Orang soleh pada masa lalu menghabiskan waktu siang dan malam Ramadan untuk mendampingi dan membaca al-Quran.
Sabda Rasulullah bermaksud : “Ibadah umatku yang paling utama adalah pembacaan al-Quran.” (Hadis riwayat Baihaqi)
Ramadan adalah saat yang tepat untuk menimba dan menggali sebanyak mungkin kemuliaan al-Quran sebagai petunjuk dalam kehidupan. Kebiasaan baik ini seharusnya berterusan selepas Ramadan berlalu sebagai tanda kejayaan latihan pada bulan suci ini.

Mengawal emosi.
Adakah kita masih mudah menghambur kemarahan. Ramadan adalah bulan kekuatan. Nabi bersabda bermaksud: “Orang kuat bukanlah orang yang selalu menang ketika berkelahi. Tetapi orang yang kuat adalah orang yang mampu menguasai diri ketika marah.”

Ukhuwah yang marak, hati yang lunak.
Adakah kita mengeratkan tali silaturahim yang sudah renggang? Ketika menyambut kedatangan Ramadan, Rasulullah bersabda: “Barang siapa menyambung tali persaudaraan (silaturahim) pada bulan ini, Allah akan menghubungkan dia dengan rahmat-Nya. Barang siapa memutuskan kekeluargaan pada bulan ini, Allah akan memutuskan rahmat-Nya pada hari dia berjumpa dengan-Nya…”
Puasa mendidik peribadi untuk menumbuhkan jiwa kasih sayang dan tali cinta. Jiwa orang berpuasa seharusnya dibersihkan daripada kekerasan hati dan kesombongan, diganti dengan perangai yang lembut, halus dan tawaduk.

Pengurusan masa.
Al-Quran mendokumentasikan dialog Allah dengan orang yang menghabiskan waktu mereka untuk bermain-main.
Firman Allah bermaksud : “Allah bertanya: Berapa tahunkah lamanya kamu tinggal di bumi?
“Mereka menjawab: ‘Kami tinggal di bumi sehari atau setengah hari. Maka tanyakanlah kepada orang yang menghitung.
“Allah berfirman: Kamu tidak tinggal di bumi melainkan sebentar saja, kalau kamu sesungguhnya mengetahui.
“Maka apakah kamu mengira sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (saja), dan kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?

“Maka Maha Tinggi Allah, Raja Yang sebenarnya: Tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Dia, Tuhan yang mempunyai ‘Arsy yang mulia.” (Surah al-Mu’minun, ayat 112-116).
Kita gagal dalam menghidupkan Ramadan, kiranya lalai, menggunakan masa dengan melakukan perbuatan sia-sia, kemaksiatan dan berfoya-foya. Disiplin mengurus masa sepanjang Ramadan semestinya terus kekal dalam diri dalam bentuk cinta ketertiban.

Mempelopori Persijilan Amalan Pengilangan Islam

Dalam keghairahan menghasilkan produk-produk samada produk makanan atau minuman atau kosmetik, Sidratul telah bergerak kehadapan dari segi mengaplikasikan satu piawaian yang berbetuk "Islamic" iaitu piawaian Amalan Pengilangan Islam atau lebih terkenal dengan nama IMP (Islamic manufacturing Practice). Pengamalan ini bertujuan bagi mencari suatu keberkatan yang dianugerahkan Allah kepada suatu kaedah  pemprosesan produk-produk yang berasaskan Syarak.

Sedar atau tidak kita umat Islam belum lagi mempunyai suatu kaedah pengilangan yang benar-benar menempati kaedah islam; yang ada (walaupun baik pada zahir) ialah kaedah-kaedah atau piawaian dari dunia barat (yang mereka punya kepentingan) seperti GMP (Good Manufacturing Practice), ISO, CE, HACCP atau KOSHER (Jews). Justeru dengan adanya Piawaian IMP ini (meskipun ramai yang belum mengenalinya) menjadikan Sidratul sebagai peneraju awal dalam melaksanakan suatu sistem persijilan yang disebut "IMP" dan juga sebagai role model bagi syarikat-syarikat lain yang ingin bersama-sama memperjuangkan piawaian tersebut.

Umat Islam ada 1.5 billion
setiap dari 50 orang adalah muslim
o bagi seorang Hindu ada 2 orang Muslim
o Bagi setiap orang Buddha ada 2 orang Muslim
o Bagi setiap orang Jews itu ada 107 Muslims

Namun 14 juta Jews itu lebih kuat lagi dari 1.5 bilion muslim


Mengapa?
Siapakah yang begitu hebat merangka piawaian-piawaian yang akan dikawal diseluruh dunia demi menjaga kepentingan perniagaan mereka. Tak lain tak bukan.....BARAT!-Tak kiralah samada Eropah atau USA, tapi hakikatnya yang menguasai dibelakang mereka adalah Yahudi! SebaB ITULAH APA JUA SISTEM YANG ADA KESEMUANYA BER"QIBLAT"KAN KE BARAT!

Daripada jumlah 1.5 billion umat Islam, adalah mustahil tak kan tak ada langsung pemikir-pemikir Islam yang mampu men"design" suatu sistem atau piawaian Islam yang boleh digunpakai oleh seluruh umat Islam....begitu ironis sekali, akhirnya umat Islam kecundang di bawah telunjuk "certification" ala barat dalam industri yang pekerjanya dan tuan punya kilang-kilang tersebut adalah umat Islam sendiri!

MUNKIN BENAR
Mengapa mereka barat dan yahudi tersangat kuat dan orang-orang Islam tersangat lemah?

Ini sebahagian dari sebab-sebabnya.....Kita kehilangan kemampuan untuk menghasilkan Ilmu dan Maklumat.


o
Di seluruh dunia Islam (57 negara-negara Islam) adahanya 500 universiti
o Di USA ada 5,758 universiti
o DI India ada sahaja ada 8,407

Hanya ada beberapa universiti sahaja di dunia Islam yang berada di dalam kumpulan 500 universiti terbaik dunia


o
Keaksaraan dalam dunia Kristian - 90%
o Keaksaraan dalam dunia Muslim - 40%
o 15 negara majoriti Kristian purata keaksaraan - 100%
o Majoriti negara Muslim dengan 100% - Tiada
o 98% di dalam negara-negara Kristian tamat Pendidikan Menengah
o Hanya 50% dinegara muslim yang tamat Pendidikan Menengah
o 40% di negara Kristian masuk universiti
o Di kebanyakan negara komuniti Islam, suram 2% yang masuk university
o Di negara majoriti Muslim ada 230 saintis setiap satu juta
o Di USA ada 5000 saintis setiap satu juta

o Di dunia Kristian - 1000 juruteknik satiap satu juta
o Di kebanyakan negara arab - hanya 50 juruteknik setipa satu juta
o Dunia Islam membelanjakan R&D - 0.2% of KDNK
o Dunia Kristian R&D - 5.0% of KDNK


Realitinya dunia Islam ketandusan kemampuan untuk menghasilkan ILMU dan MAKLUMAT

Satu lagi cara menilai darjah penyebaran maklumat dan ilmu.
o Pakistan : 23 suratkhabar harian bagi setiap 1000 penduduknya
o Singapore : 460 bagi setiap 1000 penduduknya

o Judul buku Inggeris per juta orang adalah 2000
o Judul buku Mesir per juta hanya 17

Konklusinya.. .
Dunia Islam gagal menyebarkan Ilmu dan Maklumat!


Perbandingan di atas hanya bagi menjelaskan betapa mundurnya umat Islam dalam menyampaikan ilmu dan maklumat kepada ahli Islamnya hingga serba serbi umat Islam terpaksa bergantung kepada dunia barat. Tak hairanlah kalau pihak barat sendiri mengkaji al-Quran yang mulia dan mengambil manafaat daripadanya, manakala kita umat Islam terkulai layu dalam kejahilan kerana tidak dapat meneroka rahsia-rahsia yang terkandung di dalam Al-Quran yang mulia itu.

Namun penumpuan kita masih berligar pada amalan persijilan yang telah tersebar dipelusok dunia; yakni antara persijilan yang mendapat PENGIKTIRAFAN dan YANG BELUM DIKENALI. hakikat dari kejahilan dalam menguasai ilmu dari pelbagai bidang menyebabkan umat Islam menjadi terlalu jahil, dimana barat mengekploitasikan apa sahaja yang boleh menguntungkan mereka.

Walau apapun yang terjadi kita sebagai umat Islam yang ada maruah harus bangun dan berani dalam mengembalikan ilmu dan cara hidup Islam yang telah ditunjukkan oleh junjungan besar kita nabi Muhammad s.a.w.. Keberanian kita itu sebenarnya adalah satu JIHAD BESAR yang perlu kita sebarkan supaya umat Islam kembali gemilang. 

Justeru Sidratul mengambil inisiatif ini bersama-sama dengan Sekretariat IMP Komuniti dan syarikat-syarikat gabungan mempromosi dan mempelopori IMP ini agar tersohor di dunia; dan semoga mendapat keredhaan Allah s.w.t.